Apa khabar korang. Hopefully semua sihat dan ceria selalu yer. Tak tau lah nak tulis apa eh. Lately rasa down jer. Maklum lah kite ni suri rumah. Tapi aku pon ada jugak baking untuk tambah pendapatan. Tapi, yerlah skang ni barang mahal kan. Order pun tak banyak masuk tu yang lagi lah down. Huhu. Korang yg suri rumah tu camana . Okay ke?
Oh yer. Esok Adam ada perlawanan bola tampar. Wakil dari sekolah dia. Alhamdulillah lah . Dulu aku risau jugak sebab dia tak dapat masuk asrama kan. So sekolah dekat dengan rumah jer. Aku risau dia tak aktif macam sekolah rendah dulu. Aku nasihat kan dia masuk je semua aktiviti sekolah at least dapat markah untuk penglibatan sukan tu. Penting jugak tu untuk masuk asrama tingkatan 4 dan nak masuk U nanti. Alhamdulillah lepas banyak jugak tapisan dia terpilih dapat masuk bola tampar. Syukur .. sekarang ni dah wakil sekolah dan dalam seminggu 3 kali jugak dia ada latihan. Doakan adam berjaya yer.
Ha, untuk adik dia pulak Matin. Alhamdulillah . Baru baru ni ada fun run sekolah. Alhamdulillah dapat medal untuk 20 terawal. Dia ni memang ada bakat dalam larian. Semalam pulak dia kata ada pemilihan ragbi. Dia kata terpilih . Mudah mudahan dapat wakil sekolah macam abang dia.
Okaylah tu jer lah update dari aku . Sekadar catatan untum dibaca akan datang. ❤️
No comments:
Post a Comment