Art of My Life
Welcome to my page. This is story about my life.
Welcome to my blog
![Welcome to my blog](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCS52oOd1saGKgMtt_1_ZxGCMdhFQgPCG86HNd62l-4sF_uA0HMH7x7agFbXLIR6qJg0M3CgKpLksLpSDhBJfEdKKE7oIM2GX7hDL_TP6sRJq4KY6DRv07jIdQFRsK2NYEClV_4Tp3obk/s752/me.png)
Saturday, 3 August 2024
Weekend guys
assalamualaikum
Salam hari minggu semua . Hari ini 2 Ogos 2024. Tiada yang menarik sangat pun. Pejam celik sekejap je dah bulan Ogos. Dah nak penghujung 2024 dah jab. Rasa nya baru je masuk 2024 Jan.
2 hari lepas aku menghadiri sekolah untuk 3 orang anak untuk tengok kan rekod markah dan pembelajaran mereka di sekolah. alhamdulillah so far biasa jer. Banyak juga anak anak kena improve. Markah dan fokus mereka di dalam kelas. antara yang paling Banyak nak kene improve lagi.
Friday, 12 July 2024
Malas...
Assalamalaikum
Ya Allah.. malas nyer nak gerak buat keje. nak baking malas. sume malas... pagi tadi macam semangat kemas dapo. konon2 nak buat kek pastu abang ipar datang ajak husband balik kg. pas diorang gerak balik kampung terus aku jadi malas. hahah. jap g mesti diorg nak tumpang solat. kene kemas jugak rumah. Okay jom lah gerak
Thursday, 11 July 2024
Esok -Risau
Assalamualaikum.
Minggu lepas aku ada dapat surat dari cikgu sekolah Adam jemputan ke Program Salam Mesra dari unit kaunseling sekolah. Actually sebenarnya risau jugak sebab aku pon tak tau programni berkenaan apa. Cikgu tak explai details. Tapi yang aku ingat Cikgu tu cakap anak puan terpilih untuk program ni. ENtah;aj, papepon kita tunggu esok je lah kan. Ok, nanti esok aku update ye.
UPDATE----
Hai.. Semalam aku ada inform tentang perjumpaan guru dan ibu bapa ke Program Salam Mesra tu kan. Alhamdulillah semalam dah pergi. Takde pape pon just ceramah pasal cara nak mendidik anak anak sebab masalah di anak anak di sekolah je. Program ni pon sekali je. bukan berterusan. tu je lah.
2024 my update
Assalamualaikum
Setelah beberapa lama aku tak menulis blog ni kini aku kembali.
ya...
dah 2024 dah guys...
Takde apa yang menarik pon guys. Update pasal aku . Aku dah kembali jadi suri rumah. last haritu aku keje Cody Coway kan . Jadi, awal tahun haritu aku decide berenti sebab utama aku tak heppi weh keje tu . Walaupon bile dapat lebih 3 sale gaji ko berkepok. Tapi, ko kene pressure dengan boss ko hari hari cari sale. Aku ni dah lah introvert. Penat aku nak merayu kat adik beradik sedara kawan kawan beli Coway. Haha!
Tapi...
Ada juga sebab lain aku benti sebab nak hantar Aaura pergi n balik sekolah . Aku tak caya lah weh nak bagi van ambik n anta. Aaura tu kecik lagi pra prasekolah . Dah lah ada kejadian budak kene langgar van kat sekolah die. Takut lah aku. Jadi aku pon decide lah benti. Reason aku kerja Coway tu dulu pon sebab keje tu flexible aku boleh lah ikut time aku. Tapi, dah macam keje office jugak weh. Kene jugak masuk office. Pastu boss pon asyik pressure n susah aku nak kuar ambik anak aku balik. Selagi tak siap keje die xbagi balik bile ko dah kene gi opis. Padahal ikutkan keje ni flexible . tapi tu lah. susah jugak camtu. hrm.. ok lah. dah tak larat nak tulis lagi. bye guys...
Thursday, 27 October 2022
Cody coway part 2
Alhamdulillah....
Selepas training,test selama sebulan aku da dapt kerja dan lulus semua nya. Maka bulan depan bermula lah kerjaya aku sebagai Cody Coway.
Tadi dah pergi office submit semua dokumen kat boss. Insyallah minggu depan aku mula lah bekerja.. Actually aku ghisau jugak ni.
Tapi boss aku pun pesan. Bulan pertama dan kedua memang akan susah sikit. Tapi insyallah bulan ketiga dan seterusnya insyallah senang sikit. Yang penting kene pikir orang lain boleh buat takkan aku tak boleh buat. Gittew lah......
So, sesape nk beli coway jangan dah ragu ragu beli dengan saya. Muah ciket.....
Monday, 24 October 2022
Cody Coway
Lagi 5 hari jer title suri rumah ku nk bertukar ke wanita bekerjaya. Insyallah... Kalu lepas test dan Manager pun nk terima bekerja insyallah aku dpt kerja ni. Kerja biasa biasa je... Aku appply kerja cody coway. Cody ni singkatan kepada coway lady. So, cody ni tugas die more to buat service utk penapis air,udara n lain lain product coway. Selain tu kami kene buat sale dan kutip hutang hutang dr customer yg ada tunggakan.
So, sebelum diterima bekerja tu kitorg kene menghadiri kelas dgn coway lebih kurang sebulan jugak. Seminggu online training, seminggu practical training. Yg ni dkt branch bangi. N kitorng kene jugak buat OJT lebih kurang 30rumah customer. OJT ni just ikut senior n tgk camana diorg buat service. Lepas tu ada lagi 2 online class. So, yang test tu kitorg kene tya berkenaan filter dan CIP cara nk ckp dgn customer. N service penapis air.
So, skrg ni aku tgh tunggu result dr Manager samada aku dapat ke tak kerja ni. If dapat, insyallah bulan 11 ni start lah keje aku sebagai CODY Coway. Insyallah.
Actually mcm mcm jugk aku fikir sblm nk keje ni sbb gaji pon dpt bulan kedua keje tapi tu pun die akn bagi RM1k je. Bulan ke tiga br dpt full. Then, sbb dah lama sgt kan aku jd suri rumah so, nk start keje balik tu mcm hrm.... Xtau nk habaq. Mcm malas sikit pon ada sbb risau lagi dgn anak2 hntr taska. N diorg nk blk sekolah tghr lg kan. Nk pergi sekolah agama pulak. N nk mkn tghr. Pastu sbb aku kan da ada bisnes baking sendiri. Yg tu pon aku berpikir panjang jgak. Tp since brg2 bakery ni makin mahal. N aku pikir xper lah bisnes tu pon aku leh wat parttime je. Klaua larat lah. Haha. N yg bes keje cody ni masa flexible. So, tghr aku boleh blk n hntr anak g sekolah. Jimat duit transport kt situ dah.
So, jadual aku mmg da berubah lah.
Tu jer lah. Insyallah n doakan kerjaya baru aku ni bertahan n berjaya. So, sape nk beli coway boleh beli dengan saya yer. Assalam....