Welcome to my blog

Welcome to my blog

Friday 25 August 2017

Barang Yang perlu dibawa untuk bercuti ke PULAU

Assalamualaikum...
lama dah tak update blog ni.. hihi... ok lah, disebabkan akak excited sangat sebab tak lama lagi akk nak bercuti or jln2 satu malaysia kat pulau so akk ingat nak kumpulkan maklumat2 yang berguna. Oh yer, maklumat ni actually akk copy paste dr link ni http://dyoneservices.blogspot.my/2014/09/barang-yang-perlu-dibawa-untuk-bercuti.html. so, akk harap halal kan yer..

Assalammualaikum Island Lovers...

entry kalini tak kisah untuk yang mmg pecinta Pulau atau tak cinta pun xpe..atau baru blajar-blajar nak bercinta....hehe...
ramai yang bertanyakan pada kami soalan-soalan seperti "APA YG PERLU KAMI BAWA DAN APA YG TAK PERLU DIBAWA UNTUK BERCUTI KE PULAU?"...
ok kami nk share serba sedikit keperluan yang perlu dibawa...yang mana anda rasakan berkaitan dgn diri dan keperluan boleh lah diguna pakai...yang mana rasa-rasa anda tidak memerlukan jangan pula bawak..buek borat beg jo jang...

Bagpack 
kalau ke Pulau ni anda perlu fahami satu..Perlu menaiki boat/ferry untuk ke Pulau atau tidak?..ada pickup boy atau tidak? bentuk muka bumi kawasan pulau bagaimana?..
jadi untuk ke Pulau Perhentian kami tidak mengalakkan anda membawa beg tarik/trolley bags atau lebih senang lagi BEG Akademi Fantasia tu...SEBAB?..perhentian takde laluan pejalan kaki...xde pickup boy..xde motor pon nk angkut beg korang..yang hado PASIR yola...dr turun boat..smp ke pintu bilik korang..jd bawaklah begpack supaya senang dipikul.. :)



Kasut getah/ slipers/flipflop/crocs
khas untuk aktiviti air, pakai terus dari rumah pun ok. Pakai crocs shoes highly  recommended! sebab Perhentian turun je trus kat air ya..jalan atas pasir..jgn pulak pakai higheels or wadges pula...nnt susah nak jalan atas pasir..kalau boleh bawa lebih sepasang pun takpe...untuk yang ada anak kecil,sila pakaikan sandals stripped atau crocs. Kasut-kasut adalah tidak digalakkan sama sekali..kene air basah..kepam dan berat...









nanti dah sampai boleh la ambil gambar ala-ala gituh.. :D




 Makanan ringan
Bagi anda yang memang suka mengunyah, boleh bawa bekal Jajan dari rumah siap-siap kerana di Perhentian harga agak mahal rm1 or rm2 mcmtu..barang-barang pun kene naik boat kan..bukan kita je yg perlu bayar ticket boat untuk ke Pulau Perhentian..selaind ari jimat duit anda juga boleh jimatkan kos makanan..cth bawa roti & tuna, milo 3 in 1..yg mana ambil free & easy package tu boleh jimat dahhh...xyah breakfast kat kedai..tak gitu?..makanan yg dicadangkan adalah seperti, roti, tuna tin, kaya milo 3 in 1, kopi 3 in 1 dsb, coklat bar, air kotak, air mineral, keropok utk kunyah serta gula gula berangin kot kot mabuk masa snorkling atau naik boat.

Toiletries
tidak semua chalet menyediakan peralatan ini. Sila bawa barangan mengikut keperluan peribadi anda.
contoh :
Towel Mandi
Berus gigi
Ubat gigi
Pencuci Muka
Sabun Mandi 
Shampoo (lps mandi air laut harus shampoo if not melekit)
Conditioner
(pastikan dlm size kecil je sudahla..nnt berat pula nak berangkut beg..pegi 3 hari 2 mlm je..bukan sebulan ya :)

Tudung (ibu/anak)
Sekurang-kurangnya 3 helai untuk setiap ibu dan anak,  1 helai utk aktiviti malam, 1 helai untuk balik , 1 helai untuk aktiviti air (digalakkan untuk recycle :) lepas pakai , sidai dan keringkan , esok nya kalau nak main air pakai semula :) . Tip: biasanya pakaian yang dipakai di laut akan mudah mereput selepas itu kerana air masin. Jadi jimatkan pakaian untuk di bawa ke laut ..

Pakaian
ini adalah cadangan pakaian yg perlu anda bawa. Sila abaikan jika anda tidak memerlukannya. 
Lelaki
Boardshort/seluar & Tshirt/shirt pendek 3 helai (1x pakai untuk mandi laut - lepas mandi terus bilas n jemur..esoknya boleh pakai lg) (1x helai untuk pergi dan balik pulau) (1x untuk pakai waktu makan malam)
Wanita
Track bottom atau muslimah swimming suit, Sama seperti lelaki tetapi mengikut kesusuaian pemakaian anda. Tips makan malam di perhentian island biasanya mereka suka memakai dress dan pakaian yang agak cantik sikit..sebab sana ada tempat untuk bersenggang.. :) 
**Jeans tak berapa digalakkan sebab panas nanti ( bawak seluar khakis lagi selesa )

Sunblock
Pastikan cari yang 130 untuk yg nak berada di bawah matahari di kawasan pantai untuk mengelakkan sun burn! kalau taknak pakai pun takpe..tiada masalah.

Air mineral 
kalau boleh bawa dari darat sebab kat sana agak mahal sikit..xpercially yg ada anak kecil yg nk bancuh untuk buat susu tolong bawa semua yang patut utk baby comel anda :) thermos untuk simpan airpanas paling penting.

Beg kalis air
kalau nak pergi aktiviti snorkeling.. ha elok bawa .lagi lagi yang nak bawa camera atau mobile phone sepanjang perjalanan di laut . 

Ubat-ubatan
Elok sediakan untuk anda dan anak-anak dikhuatiri jatuh sakit ke..muntah-muntah ke.. demam ke...alahan ke boleh la kita makan ubat sementara nak ke klinik..

Charger telefon Penting untuk di bawa! tips : bawak plug adaptor
Roti  Kalau nak bg ikan mkn masa snorkeling :)
Topi 
Plastik utk baju basah
tips sebelum memasukkan barang didalam bagpack, sila masukkan barangan anda didalam satu plastik sampah yg besar dan tebal kemudian tutup bahagian atasnya baru masukkan kedalam bagpack. Ini bagi mengelakakn barangan didalam bag anda basah akibat tempias ombak laut atau air hujan. 
Telekong/ sejadah kecil 
Pad/tampoon/panty liner
Sikat/bedak 
Pelembab bibir
Deodorant 
Jarum dan benang 
Manalah tahu anda over lasak lompat sana sini nak bergambar sekali opsss terkoyak seluar sudaaa ke kan..
Lotion badan
Lotion untuk hindar nyamuk/mosquito repellent

Tisu lembab/ Tisu kering
Sunglassess

Extra plastic simpan baju kotor

Tambahan senarai untuk yang ada baby atau toddler
1.Pampers pakai buang
2.Susu tepung
3.Botol susu
4.Pencuci dan berus botol susu
5.Makanan bijirin bayi
6.Thermos air panas (yg kecil pun ok)
7.Bantal baby


credit : http://dyoneservices.blogspot.my/2014/09/barang-yang-perlu-dibawa-untuk-bercuti.html