Welcome to my blog

Welcome to my blog

Saturday 29 June 2019

Pengalaman Temuduga dengan Petronas

Minggu lepas aku pergi interview satu jawatan ni dekat Petronas. Aku memang tak pernah terpikir yang aku ni layak dapat interview Petronas apalagi nak kerja kat situ melainkan ada kabel BESAR. HaHaHa!. Tapi, aku tak guna kabel yer. Aku guna secara sah jawatan punya. Caranya senang korang Apply dekat Petronas website career, link dia https://www.petronas.com/join-us/manage-your-applications. senang kan? dah bagi link apalagi cubalah. Tapi, ikut luck dan experience serta kelulusan jugak ye. kalau takde sume ni. Susah jugak terpilih. 

Kalau ikutkan dengan Degree Landscape Architecture ku itu memang takde kene mengena kan? Tapi, sebab experience kerja aku selama 8 tahun sebagai Customer Service mungkin aku dipilih untuk hadir interview. Alhamdulillah. bersesuain dengan jawatan yang diorang offer iaitu Analyst (Employee Experience Services) jadi sedikit sebanyak ada related dengan experience aku. 

So, dijadikan cerita pada 25 Jun 2019 aku hadir ke interview. Interview di Menara Dayabumi , Kuala Lumpur. So, bermula perjalanan dari Sepang ke KL naik ERL hingga ke KL Sentral dengan harga tiket RM35 pergi balik dan naik LRT cuma 1 stesen je. Senang je kan. Aku sampai pon awal 6.15 dah sampai. Interview jam 8.00. Semangat betul aku. 

Jadi, jam 8.00 tu interview bermula dengan Computer test dulu. Computer test ni untuk tengok samada ko boleh guna microsoft word, excel atau power point. Jadi, dia akan bagi soalan dalam kertas. Soalan dia dengan kemahiran microsoft office korang kene buat table berdasarkan satu table yang diberi. Jadi yang da biase guna excel takde masalah. yang tak tahu guna excel boleh practise cara buat PIVOT Table. dan satu lagi Essay. jadi , korang kene lulus Computer Test baru boleh ke next stage iaitu Interview . Alhamdulillah aku lepas CLT tu dan berjaya ke next stage

Next stage, interview. Masa ni ada 2 orang interviewer. Antar soalan nya

  1. Please introduce yourself
  2. Explain about your family Background
  3. Opinion on integrity
  4. Event yang pernah handle
  5. Pernah propose new idea to your boss
  6. Expected Salary
  7. How to conduct customer
  8. What do you think about Petronas
  9. Who is the CEO Petronas
  10. Kenpa nak kerja Petronas
Alhamdulilla, semua soalan dapat jawab dengan jayanya. Sekarang tengah tunggu result samada lepas atau tak.

Update
Aku tak dapat pon keje tu

ok tu jer, penat dah taip.