Welcome to my blog

Welcome to my blog

Tuesday 3 November 2015

Tahniah! Anda Bukan Penganggur lagi!

Tahniah untuk diri sendiri!

Tahniah ko dah boleh digelar career woman balik.. hahaha... SO, start 15hb Nov 2015.
Good luck to me and hope boleh hadapi everything dengan good jer...

Nanti lah citer pasal keje ni k....

Tahniah!

Open Interview Document Clerk KlAS

29 Oct 2015/ 2.00 am
Assalamualaikum Belog,
Pada   .....yang lepas aku telah menghadiri Open Interview di KLIA HQ nearly LCCT Sepang. Position /is Clerk Document, utk Kargo Department. Hrm, mesti tertanya kan kenapa da ade degree nak apply position Clerk. Ok, memandangkan ini adalah Open Interview aku nak cuba and nak tgk apa yang diorang offer and sambil tu boleh jugak menimba pengalaman interview dengan KLAS dan melihat kepada kemampuan aku. Ni details iklan tu:

TARIKH : 27hb. OKTOBER, 2015 (SELASA)
JAM : 9 PAGI HINGGA 12 TENGAH HARI
TEMPAT : KL AIRPORT SERVICES SDN BHD
IBUPEJABAT / KATERING
JALAN KLIA S6, SOUTHERN SUPPORT ZONE
64000 KLIA,SEPANG, SELANGOR

Jabatan: Kargo
Position: Kerani Dokumen (Document Clerk)
Bil Kekosongan: 20

Syarat-Syarat Kelayakan
  1. Memilikki sijil SPM/SPVM/SAP/SKM/ Diploma atau setaraf dengannya
  2. Dibuka untuk calon Lelaki DAN Perempuan; Umur : 20 – 35 tahun.
  3. Berkebolehan berkomunikasi/menulis dalam Bahasa Inggeris.
  4. Warganegara : Malaysia
  5. Keutamaan memiliki lesen memandu yang sah kelas ‘D’ PENUH(FULL).
  6. Sihat tubuh badan/ Tidak mempunyai REKOD JENAYAH.
  7. Sanggup bekerja Shif.
  8. Lokasi Kerja : KLIA
Tanggungjawab:
Bertanggungjawab menguruskan dokumen import/ eksport muatan kargo
di Lapangan Terbang KLIA.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baiklah, disebabkan kelayakan diatas lebih dari layak (ceh, Ter Riak plak) aku pon terus mencuba.
Ok, b4 I proceed, let me introduce about KLAS (budget soalan interview,haruslah prepare kan..)Ok, from my research KLAS ni singkatan kepada KL Airport Services Sdn. Bhd. subsidiary kepada DRB-HICOM. Selain itu, KLAS is a world-class aviation ground services provider offering ground handling, cargo handling, inflight catering and aircraft maintenance and engineering services to inbound and outbound international commercial airlines in Malaysia. (ok, ni copy dr website..#silahafal)

Ok, bermula lah hari yang ditunggu iaitu hari pembalasan.. jengjengjeng.. hihi.. hari Interview lah. Ok, sampai2.. Anda diminta mendaftar nama di Pondok Pengawal yer. Sila Beratur.. Sebab Open Interview haruslah ramai... Lagi satu tips. Kalau Open Interview ni bagi waktu pukul 9am to 12.pm jangan lah korang datang pkl 11.59am plak.. Belum kerja korang dah tunjuk ketidakdisiplin korang.. datang lah seawal jam 9.00am. Lagi cantik before 9.00am. Ikut cara Akak datanglah b4 9.00am melainkan ko ade orang dalam. boleh terus langkah org2 yg dtg awal tu..Ups...

Ok, korang kene jalan sikit smpai kat Opis Hr diorg.Sebab akak parking kat luar. Memang ada banyak parking di luar yer.. Very Accessible. Ok, masa smpai da ramai jugak yang datang. Ade yang lagi awal rupenye...Ok, mase ni agak pelik.. Sebab position ade 3 tp HR sorang je handle. Errr... Akak ni biar betul nak handle crowd pencari keje yg ramai ni. Yer.. mmg Betul!Akak ni sorang jer. Mana HR2 yang lain kak... Akk ni jugak yang daftar akk ni jugak yang panggil interview akk ni jugak yang buat offer letter(ni kjap lg bgtau). Ok, first korang akn beratur untuk daftar n akk ni akan check samada semua dokumen cukup atau tak. lepas da check cukup korang akan diberi Application Form untuk diisi. Lepas dah complete Application Form korang akan beratur lagi untuk daftar nama untuk interview. Ada 2 bilik temuduga. untuk position ni. lepas dah daftar nama. Korang kene tunggu lagi sampai nama dipanggil untuk di interview.Sementara menunggu tu, bolehlah berkenal2lan dengan pencari2 kerja yang lain. Aku pon wat2 ramah dengan org sekeliling utk menghilangkan nebes interview.tp, bes gak. semua mmg tak sombong. smpai, da jadi kawan plak. siap pesan,mintak2 kita dapat sama yer... hehe...

Saat yang mendebarkan pon sampai. Nama aku dipetik untuk interview. So, far interview senang jer. Kenalkan diri.n xbyk sgt soalan lah. so, die kate tunggu pkl 2ptg dtg balik utk interview dengan HR sementara tu boleh lah pg mana2. so, aku pon g makan n sembahyang. tepat pkl 2pm aku pon dtg balik. So, far mase dtg tu blom habis interview lagi...Lama jugak tunggu, until 3pm. Bila interview dah habis. Aku tgk ramai jugak yang lepas. So, HR tak interview diorg just bagi borang untuk diisi sahaja, Mcm2 borng, Medical Checkup, Family Background, Mahb Form (Airport Pass), Bank Accountn byk lagi. Masa ni Kepala dah ting tong sebab tunggu lama sangat. Means that, sapa yang disuruh tunggu pukul 2pm berjaya n pass interview.Masa interview pon diorg da inform gaji n elaun. Gaji ok jer, n plus elaun, dlm 1350rm. Memang tak cukup

So, balik rumah aku bincang2 dengan husband about the salary. lepas tolak epf an socso, maybe aku dpt 1K only.. Sangat tak ckp ok... nk travel, makan, byr kereta, byr anak2... so, then Aku decide to tolak the offer walaupun company is very Good Company tapi... kena fikir jugak monthly survive nanti camana. takperlah.. mungkin bukan rezeki ku..