Welcome to my blog

Welcome to my blog

Thursday 27 October 2022

Cody coway part 2

 Alhamdulillah....

Selepas training,test selama sebulan aku da dapt kerja dan lulus semua nya. Maka bulan depan bermula lah kerjaya aku sebagai Cody Coway. 

Tadi dah pergi office submit semua dokumen kat boss. Insyallah minggu depan aku mula lah bekerja.. Actually aku ghisau jugak ni. 

Tapi boss aku pun pesan. Bulan pertama dan kedua memang akan susah sikit. Tapi insyallah bulan ketiga dan seterusnya insyallah senang sikit. Yang penting kene pikir orang lain boleh buat takkan aku tak boleh buat. Gittew lah......

So, sesape nk beli coway jangan dah ragu ragu beli dengan saya. Muah ciket.....


Monday 24 October 2022

Cody Coway

 Lagi 5 hari jer title suri rumah ku nk bertukar ke wanita bekerjaya. Insyallah... Kalu lepas test dan Manager pun nk terima bekerja insyallah aku dpt kerja ni. Kerja biasa biasa je... Aku appply kerja cody coway. Cody ni singkatan kepada coway lady. So, cody ni tugas die more to buat service utk penapis air,udara n lain lain product coway. Selain tu kami kene buat sale dan kutip hutang hutang dr customer yg ada tunggakan. 

So, sebelum diterima bekerja tu kitorg kene menghadiri kelas dgn coway lebih kurang sebulan jugak. Seminggu online training, seminggu practical training. Yg ni dkt branch bangi. N kitorng kene jugak buat OJT lebih kurang 30rumah customer. OJT ni just ikut senior n tgk camana diorg buat service. Lepas tu ada lagi 2 online class.  So, yang test tu kitorg kene tya berkenaan filter dan CIP cara nk ckp dgn customer. N service penapis air. 

So, skrg ni aku tgh tunggu result dr Manager samada aku dapat ke tak kerja ni. If dapat, insyallah bulan 11 ni start lah keje aku sebagai CODY Coway. Insyallah.

Actually mcm mcm jugk aku fikir sblm nk keje ni sbb gaji pon dpt bulan kedua keje tapi tu pun die akn bagi RM1k je. Bulan ke tiga br dpt full. Then, sbb dah lama sgt kan aku jd suri rumah so, nk start keje balik tu mcm hrm.... Xtau nk habaq. Mcm malas sikit pon ada sbb risau lagi dgn anak2 hntr taska. N diorg nk blk sekolah tghr lg kan. Nk pergi sekolah agama pulak. N nk mkn tghr. Pastu sbb aku kan da ada bisnes baking sendiri. Yg tu pon aku berpikir panjang jgak. Tp since brg2 bakery ni makin mahal. N aku pikir xper lah bisnes tu pon aku leh wat parttime je. Klaua larat lah. Haha. N yg bes keje cody ni masa flexible. So, tghr aku boleh blk n hntr anak g sekolah. Jimat duit transport kt situ dah. 

So, jadual aku mmg da berubah lah. 

Tu jer lah. Insyallah n doakan kerjaya baru aku ni bertahan n berjaya. So, sape nk beli coway boleh beli dengan saya yer. Assalam....

Tuesday 17 August 2021

2020 to 2021 - Tragedi demi tragedi - PART 1

Assalamualaikum,


Agak lama juga aku tak berblog. Bukan apa kadang kadang idea tu tak keluar. susah jugak nak menulis walaupon semangat nak menulis berkobar kobar. Tapi, kalau tak menulis rasa rugi pulak kan. Antara sebab nya mungkin kita bleh baca semula masa akan datang dan melihat kembali apa yang berlaku harini. Selain itu, at least boleh ingat balik memory2 kita dulu kan. So, nnti kite masa depan boleh lah hai-hai kan kita masa skrg. Hahaha!


Ok lah, Jom kita mengimbau balik n aku nk cerita serba sedikit apa yang dah berlaku untuk tahun 2020 dan 2021 ni. Kira mcm kesimpulan gitu:


    - 16 Ogos 2021- Ok, ni baru jer terjadi 2 -3 harini. Perdana Menteri yang selalu dipanggil Abah iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan kerana tidak mendapat majoriti dari kabinet. Ok, aku copy sikit ayat dari google "Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan," katanya. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik. Hm.. 2 3 hari juga aku tak tgk pasal Abah letak jawatan. Aku da sampai lantak lah nak jadi apa Malaysia oi. Org sibuk nk redakan virus ada pulak puak2 yg nak kan kepentingan diorg waktu2 sekarang ni. jom lah kita tingkatkan amal ibadat. itu yang penting since dah dekat akhir zaman ni. 


    - 9 Ogos 2021 - Innailillahiwainnlillahirojiun.... Penyanyi terkenal Malaysia Siti Sarah Raissuddin, 36 tahun, meninggal dunia pada awal pagi ini (9 Ogos).Penyanyi itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan, dan selamat melakukan demikian pada Jumaat. Allahuakbar, yang ni paling paling tak sangka. Arwah masuk hospital dalam 2 hari je. oksigen turun dan terus doktor tidurkan arwah. Kebetulan arwah mengandung dan anak pon dah 7 bulan doktor pun sempat keluarkan anak arwah. Dalam 2 hari macam tu arwah meninggal dunia. Serius tak sangka. Kalau tgk IG arwah 2 hari sebelum tu arwah sempat masak masak ketam kat IG. memang sedih sangat. Lepas arwah meninggal banyak kebaikan arwah yang disebut, antaranya arwah suka bersedekah, membantu kawan kawan dan taat pada suami. Aku mmg suke je tgk die berceloteh dlm Ig, gurau2 dgn Shuib. Mmg bertuah arwah. Insyallah meniggal dl khusnul khatimah. 




Ok lah, rasa nya sampai setakat ni dulu nanti kalau ada sambungan part 2 aku akan sambung lagi, nak setelkn PDPR anak2 dulu.


Thursday 8 October 2020

COVID 19 2020

Assalamualaikum semua. 

Kalau nak tau covid19 sedang melanda gelombang ke3 di Malaysia ni. Dah takde PKP lagi semua orang kene jaga diri sendiri jer sekarang. sbb dah tak boleh dah nak PKP teruk ekonomi nanti. semua orang pon akan sama juga terjejas nanti. aku pon tak setuju kalau nak ada PKP balik. teruk nanti. walauppon dekat area rumah aku ni dah ramai jugak kena. mintak2 tak terkena dekat kami semua. semua orang tengah struggle sekarang. ramai kena buang kerja. banyak company pon tengah survive sekrang. 

Semoga Allah mudah kan urusan kita semua. 

Saturday 29 June 2019

Pengalaman Temuduga dengan Petronas

Minggu lepas aku pergi interview satu jawatan ni dekat Petronas. Aku memang tak pernah terpikir yang aku ni layak dapat interview Petronas apalagi nak kerja kat situ melainkan ada kabel BESAR. HaHaHa!. Tapi, aku tak guna kabel yer. Aku guna secara sah jawatan punya. Caranya senang korang Apply dekat Petronas website career, link dia https://www.petronas.com/join-us/manage-your-applications. senang kan? dah bagi link apalagi cubalah. Tapi, ikut luck dan experience serta kelulusan jugak ye. kalau takde sume ni. Susah jugak terpilih. 

Kalau ikutkan dengan Degree Landscape Architecture ku itu memang takde kene mengena kan? Tapi, sebab experience kerja aku selama 8 tahun sebagai Customer Service mungkin aku dipilih untuk hadir interview. Alhamdulillah. bersesuain dengan jawatan yang diorang offer iaitu Analyst (Employee Experience Services) jadi sedikit sebanyak ada related dengan experience aku. 

So, dijadikan cerita pada 25 Jun 2019 aku hadir ke interview. Interview di Menara Dayabumi , Kuala Lumpur. So, bermula perjalanan dari Sepang ke KL naik ERL hingga ke KL Sentral dengan harga tiket RM35 pergi balik dan naik LRT cuma 1 stesen je. Senang je kan. Aku sampai pon awal 6.15 dah sampai. Interview jam 8.00. Semangat betul aku. 

Jadi, jam 8.00 tu interview bermula dengan Computer test dulu. Computer test ni untuk tengok samada ko boleh guna microsoft word, excel atau power point. Jadi, dia akan bagi soalan dalam kertas. Soalan dia dengan kemahiran microsoft office korang kene buat table berdasarkan satu table yang diberi. Jadi yang da biase guna excel takde masalah. yang tak tahu guna excel boleh practise cara buat PIVOT Table. dan satu lagi Essay. jadi , korang kene lulus Computer Test baru boleh ke next stage iaitu Interview . Alhamdulillah aku lepas CLT tu dan berjaya ke next stage

Next stage, interview. Masa ni ada 2 orang interviewer. Antar soalan nya

  1. Please introduce yourself
  2. Explain about your family Background
  3. Opinion on integrity
  4. Event yang pernah handle
  5. Pernah propose new idea to your boss
  6. Expected Salary
  7. How to conduct customer
  8. What do you think about Petronas
  9. Who is the CEO Petronas
  10. Kenpa nak kerja Petronas
Alhamdulilla, semua soalan dapat jawab dengan jayanya. Sekarang tengah tunggu result samada lepas atau tak.

Update
Aku tak dapat pon keje tu

ok tu jer, penat dah taip. 





Sunday 5 August 2018

Jalan-jalan Ikea

Orang kata ibu anak tiga ni cantik. Hahaha!
Ini bilik perepuan dewasa tau. Dah besar tak boleh ada ada bilik macam ni tau
Cak! Bulat tak mata kite?
Aaura tak nak bagi ke

Aaura dan papa. 



Selamat dah melahirkan baby girl super cute

Assalamualaikum

       Lama dah tak update blog ni. Dah bersawang gamaknye. Sejak ada baby ni memang bizi yakmat lah kan. Ini pon curi-curi masa time baby tengah tido. Nak tau pukul berapa sekarang ? Ha, dah pukul dua pagi okay.  😪 

       Esok confirm mata macam panda. 😳 . Ini pun baru je lepas kemas rumah, siapkan barang-barang sekolah Adam dan Matin lepas tu gosok semua baju sekolah diorang. So, senang untuk dua ke tiga hari dah jimat masa gosok baju. Pandai tak. Mak-mak semua kena buat camtu tau untuk korang ada masa buat benda lain.

      Oh yer, hari tu aku cerita pasal pregnen kan. So, kali ni nak update yang aku dah selamat melahirkan baby girl yang super cute tu. Dilahirkan pada 28March2018 pada 6.45 petang. Nama diberi Aaura Humaira yang bermaksud Sinar pipi kemerahan. Syukur ke hadrat Ilahi. Kelahiran yang mudah dan dipermudahkan. Camana kejadian masa melahirkan tu nanti lah cerita sebab sekarang memang ngantuk yakmat. 

    Okay, nantikan cerita masa bersalin nanti yer.


Gambar baby dengan bodyguard. Berani kacau Aaura.