Welcome to my blog

Welcome to my blog

Monday 18 December 2017

Senarai Keperluan dan Kos untuk Persediaan Masuk Darjah 1 dan Prasekolah

Assalamualaikum...

     Hai2... harini nak update tentang Adam nak masuk darjah 1 dan Matin masuk Prasekolah... Ni first time anak aku nak ke sekolah rendah. Kalau sebelum ni adam sekolah Pasti n Prasekolah jer. So, bila nak masuk darjah 1 ni semangat n berkobar dia pon lain macam lah. Mak2 pasti excited kan.

   Kalau diikutkan persediaan untuk beli kelengkapan ni rasanya ada lah 2 bulan kot. Dapat je gaji beli sikit2. cth baju, seluar dan brg2 sekolah yg lain sebab kalau beli semua sekali harung memang byk jugak kos. Nasib baik sorang je yg sekolah rendah.

  Adik dia si Matin tu tahun depan Prasekolah. So, xde spend beli buku byk sgt. Just byr untuk yuran yg dah include buku dekat cikgu dalam RM145 mcm tu n beli alat tulis n baju n seluar. Untuk tahun depan prasekolah dah takde lagi baju uniform n seluar sukan. Hanya baju putih dan seluar blue black sahaja.

  1. PENDAFTARAN - Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama
         Untuk pendaftaran Prasekolah n Darjah 1 ni kedua2 nya secara Online. So, memang kena alert sgt2 bila dia da open untuk pendaftaran ni takut nnti bila da terlepas xdp plak anak nak sekolah tahun depan. Tapi biasa nya klu ada kwn2 yg ada anak sebaya mesti akn dpt tau jugak dr sharing2 wassap ni. Mcm aku tau pon sebab ank aku sekolah prasekolah kt sekolah tu. So, sekolah akan letak banner kt dpn sekolah. Ni link website untuk pendaftaran darjah 1 : https://public.moe.gov.my/?kpm= dan untuk prasekolah pulak : https://eprasekolah.moe.gov.my/. So, bila dah datar kena jugak alert bila result untuk tahu samada anak kita dapat atau tak sekolah yg kita mintak. Alhamdulillah dua2 permohonan dapat. Aku mintak sekolah yg dekat2 dengan rumah senang untuk aku ambik n antar.

pendaftaran prasekolah
pendaftaran darjah 1
Sekolah Agama
OK, untuk Adam aku pon ada juga daftarkan untk sekolah agama- SRA. SRA ni bawah Jais. so , ni xleh buat online. Buat secara manual dan hantar borang pon manual. Result pon dapat diorg SMS sahaja. Yuran plak lebih kurang RM240 termasuk buku dan PIBG. Bagi yuran ni dibyr masa 30Dec2017 nnti.bagi sesi persekolahan plak dari 2.30 hingga 5.30 ptg. 
- hrm sibuk lah si abag nnti.. hehe

2. Ujian Penentuan Kelas
   ok, untuk 2018 tahun depan, sekolah adam ni ada ujian penentuan kelas atau dikira hari Orientasi. Khas untuk darjah 1 sahaja. So, masa tarikh tu diorg ni akan ada ujian dan sedikit taklimat untuk ibu bapa. So, sementara anak2 jawab ujian ibu bapa akan diberi taklimat tntang anak2 yg akan bersekolah tahun depan. taklimat pon xde apa sgt. cikgu just bagi tau tentang sekolah dan sylibus2 untuk anak2 drjh 1 ni. 
   Bagi Prasekolah pulak xde ujian pon sebab skolah ni ambik 40 org murid sahaja. so, mmg da tau ada 2 kelas dan 1 kelas 20 org sahaja. Untuk prasekolah pon ada jugak sblm ke sekolah nnti. kire mcm mesyuarat jugak lah. So, ms perjumpaan tu , cikgu akn terangkan sikit tntag sekolah, sylibus anak, peraturan dan yuran. ms ni pon ada jugak borang yg ibu bapa kena isi n submit pd cikgu unuk record.
Yg paling penting sekali jgn hilangkan rekod2 cucuk ms anak kita kecik dulu sbb sekolah akn mintak untuk tau record anak kita, samada dah cucuk ke belom. bg yg tak ambik vaksin wallahualam xpasti camana.

3 . Beli Keperluan Anak dan Buku sekolah
So, da setel daftar n orientasi tiba masa untuk beli brg keperluan anak2.  so, kt sini boleh just refer jadual kt bawah ni.

Mcm kitorg beli kelengkapan beli sikit2. supaya tak lah membebankan bile beli last2 minit nnti. so, untuk kelengkapan kitorg spend lebih kurang RM 500. So, tmpt kitorg beli brg ada di Mydin, kedai Swan, IOI dan brg2 lain2 di TESCO.
  • Baju sekolah dan seluar sekolah - 3 pasang (Adam)
  • Baju Putin n seluar sekolah blue black  - 3 pasang (Matin)
  • Kasut sekolah - 2 pasang (Adam - sbb nnti dia sekolah agama, ada org ckp better beli 2 pasang sbb die akan sekolah seharian pagi smpai petang) 
  • Kasut sekolah - 1 pasang (Matin)
  • Stokin - byk jugak lupa nk kira
  • Baju Melayu - 2 pasang - adam
  • Samping Hijau - 1 - Adam
  • Songkok - Adam
  • Beg sekolah - Tak beli sebab beg lama elok lagi
  • Lain2- Pensil warna, pensil, alatan menulis(pensil, pembaris, pemadam. pen dn lain2). buku lukisan. water color, n pensil box
4. Yuran
Ok, untuk yuran plak aku senaraikan kat sini yer:

Adam 
  • Yuran pendaftaran : RM60 (SK)
  • Buku sekolah: RM100(SK)
  • Yuran SRA : RM240
  • *tiada yuran bulanan
Matin - Prasekolah
  • Yuran sekolah : RM145
  • *tiada yuran bulanan
So, tu lah serba sedikit persediaan anak2 kami untuk ke sekolah. Ini experience first time hantar anak ke sekolah rendah. so, dari sini insyallah kami akn improve untuk tahun2 depan plak. Insyallah... 

No comments:

Post a Comment