Welcome to my blog

Welcome to my blog

Tuesday 17 August 2021

2020 to 2021 - Tragedi demi tragedi - PART 1

Assalamualaikum,


Agak lama juga aku tak berblog. Bukan apa kadang kadang idea tu tak keluar. susah jugak nak menulis walaupon semangat nak menulis berkobar kobar. Tapi, kalau tak menulis rasa rugi pulak kan. Antara sebab nya mungkin kita bleh baca semula masa akan datang dan melihat kembali apa yang berlaku harini. Selain itu, at least boleh ingat balik memory2 kita dulu kan. So, nnti kite masa depan boleh lah hai-hai kan kita masa skrg. Hahaha!


Ok lah, Jom kita mengimbau balik n aku nk cerita serba sedikit apa yang dah berlaku untuk tahun 2020 dan 2021 ni. Kira mcm kesimpulan gitu:


    - 16 Ogos 2021- Ok, ni baru jer terjadi 2 -3 harini. Perdana Menteri yang selalu dipanggil Abah iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan kerana tidak mendapat majoriti dari kabinet. Ok, aku copy sikit ayat dari google "Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan," katanya. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik. Hm.. 2 3 hari juga aku tak tgk pasal Abah letak jawatan. Aku da sampai lantak lah nak jadi apa Malaysia oi. Org sibuk nk redakan virus ada pulak puak2 yg nak kan kepentingan diorg waktu2 sekarang ni. jom lah kita tingkatkan amal ibadat. itu yang penting since dah dekat akhir zaman ni. 


    - 9 Ogos 2021 - Innailillahiwainnlillahirojiun.... Penyanyi terkenal Malaysia Siti Sarah Raissuddin, 36 tahun, meninggal dunia pada awal pagi ini (9 Ogos).Penyanyi itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan, dan selamat melakukan demikian pada Jumaat. Allahuakbar, yang ni paling paling tak sangka. Arwah masuk hospital dalam 2 hari je. oksigen turun dan terus doktor tidurkan arwah. Kebetulan arwah mengandung dan anak pon dah 7 bulan doktor pun sempat keluarkan anak arwah. Dalam 2 hari macam tu arwah meninggal dunia. Serius tak sangka. Kalau tgk IG arwah 2 hari sebelum tu arwah sempat masak masak ketam kat IG. memang sedih sangat. Lepas arwah meninggal banyak kebaikan arwah yang disebut, antaranya arwah suka bersedekah, membantu kawan kawan dan taat pada suami. Aku mmg suke je tgk die berceloteh dlm Ig, gurau2 dgn Shuib. Mmg bertuah arwah. Insyallah meniggal dl khusnul khatimah. 




Ok lah, rasa nya sampai setakat ni dulu nanti kalau ada sambungan part 2 aku akan sambung lagi, nak setelkn PDPR anak2 dulu.