Welcome to my blog

Welcome to my blog

Wednesday, 3 February 2016

Kek Coklat Kukus Simple Sedap Senang



Assalamualaikum...

Inilah die kejadian nya kek coklat kukus.. Simple sgt n sekejap je da siap...x smpai sejam jr ok...sedap plak tu..korang rs berapa harga nk letak ni...modal 1.20 satu... Model tu xdisediakan yer....die tolong meghabiskan pandai lah.uhuhu
Ok, ni resepi yer.. Copy resepi ni dr blog jemari asma.So far, cantik kejadiannya..

Bahan-bahannya:

Bahan A
1 cawan gula pasir - ibu guna 3/4 cawan sahaja
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair - ibu guna air suam sahaja
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C

4 biji telur - diblender (ibu pukul guna pemukul telur)

Cara-caranya:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.

Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (ibu guna bekas kecik-kecik tu, sapu sikit mentega..)

Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap. (Sebab guna bekas kecil ibu kukus 15 minit sahaja)

Untuk topping pula, ibu guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam


RESEPI TOPPING KEK COKLAT

150 gm coklat masakan
1/4 cawan air panas
1 sb mentega
1 sb susu pekat (ibu tak letak sebab coklat tu dah manis..)

* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'
Selamat mengekek.. ekekeke..

No comments:

Post a Comment